KUALA LUMPUR | Sektor kredit komuniti atau pemberian pinjam wang yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dibenar beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu berkuasa kuasa serta merta.
KPKT dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 18 Jun lalu yang dipengerusi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, syarikat kredit komuniti atau
pemberian pinjam wang perlu membuat permohonan baharu kebenaran operasi menerusi www.miti.gov.my dengan mengakses portal CIMS 3.0 melalui pautan notification www.miti.gov.my bermula semalam.
“Syarikat hanya dibenarkan operasi selepas mendapat kelulusan daripada CIMS.
“Bagi syarikat komuniti di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, kebenaran operasi perlu dirujuk kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kewangan Negeri Sabah (KKNS); Jabatan Kerajaan Negeri Sarawak (JKNS) dan Perbadanan Labuan (PL).
“KPKT selalu agensi mengawal selia aktiviti kredit komuniti telah mengambil berapa langkah bagi mengemaskini semula prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor kredit komuniti atau pemberian pinjam wang untuk mengawal penularan COVID-19,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.
KPKT berkata, waktu operasi dari 9 pagi hingga 5 petang dan pelanggan dihadkan dua orang pada satu-satu masa.
Menurutnya, pelanggan digalakkan membuat janji temu terlebih dahulu dan pelanggan yang mempunyai suhu lebih 37.5 tidak dibenarkan masuk ke premis.
“Kehadiran pekerja juga dihadkan 60 peratus termasuk operasi dan pengurusan,” katanya.