KUALA LUMPUR | Semua suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia.
Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, tiada bayaran boleh dikenakan kepada orang ramai yang pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dikendalikan pengamal perubatan.
“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak berurusan dengan sesiapa yang menawarkan pembelian vaksin.
“Sebaliknya terus melaporkan perkara itu kepada polis,” katanya dalam kenyataan, malam ini.