KUALA LUMPUR | Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak membuka sebarang permohonan baharu bagi Skim Pinjaman Perumahan (SPP) untuk golongan berpendapatan rendah.
KPKT menerusi laman Facebooknya memaklumkan, pinjaman berkenaan bagi tujuan pembinaan rumah dengab jumlah maksimum sebanyak RM60,000.
Katanya, orang awam dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai inisiatif perumahan JPN dan KPKT.
“Orang awam boleh melayari laman sesawang di https://ehome.kpkt.gov.my untuk maklumat lanjut.
“Semak sebelum beli,” katanya.