KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin di negara ini terus meningkat iaitu 6,554,500 dos sehingga semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah penerima vaksin bagi dos pertama ialah 4,749,133 orang.
“Daripada jumlah itu, 1,805,367 orang menerima dos kedua.
“Kadar pemberian suntikan vaksin COVID-19 semalam juga sebanyak 252,773 dan tertinggi yang pernah direkodkan semalam,” katanya menerusi laman Twitter di sini, hari ini.
Beliau berkata, suntikan di Kuala Lumpur mencatatkan 982, 430 dos, diikuti Selangor 968, 956.