KUALA LUMPUR | Sebanyak 21 kluster baharu yang direkodkan hari ini yang membabitkan 18 kluster tempat kerja, dua komuniti dan satu pusat tahanan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebooknya memaklumkan lapan kluster di Selangor, lima di Kuala Lumpur dan masing-masing dua di Sarawak serta Perak.
Katanya, selebihnya masing-masing satu kluster di Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
“Jumlah keseluruhan kluster setakat ini adalah sebanyak 2,741.
“Kluster yang masih aktif sebanyak 873 dan kluster yang tamat 1,868,” katanya.