By Ismail Muhamad
KOTA BHARU | Seramai 3,868 pegawai dan anggota polis kontinjen negeri ini sudah menerima suntikan dos kedua vaksin Covid 19 sehingga semalam.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Abdullah Mohammad Piah berkata, dos pertama sudah selesai diberikan sebelum ini membabitkan seramai 4,309 pegawai dan anggota.
“Seramai 591 kakitangan awam dalam perkhidmatan itu sudah menerima dos pertama, manakala 309 kakitangan lain sudah melengkapkan dos kedua pada ketika ini.
“Malah, ahli keluarga anggota polis juga sudah menerima vaksinasi Covid 19 dan proses suntikan berkenaan masih berjalan.
Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pulau Tukang Dollah, Pengkalan Chepa di sini, hari inii.
Pelaksanaan PKPD di kampung itu bermula tengah malam tadi sehingga 8 Julai ini membabitkan 188 rumah dengan jumlah penduduk seramai 865 orang.
Sehingga ini, ssramai 260 penduduk di kampung itu sudah disaring, manakala 41 daripadanya positif Covid 19.
Dalam pada itu, polis turut menutup empat laluan keluar masuk termasuk laluan tikus di kawasan terbabit dengan seramai 29 anggota ditugaskan mengawal kawasan PKPD berkenaan. – JOURNAL MALAYSIA.