KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu yang dilaporkan adalah 5,812 kes hari ini.
Jumlah itu menjadikan kumulatif sebanyak 722,659 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu 2,187 kes.
Katanya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 771 kes, diikuti Negeri Sembilan 658 kes dan Sarawak 673 kes.
“Negeri iaitu Pulau Pinang 270 kes; Melaka 223 kes, Johor (196) Sabah (156); Kedah (186); Pahang (139); Wilayah Persekutuan Labuan (123); Kelantan (98); Perak (72);
Terengganu (46); Putrajaya (14) dan Perlis tiada kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.