KUALA LUMPUR | Jumlah kematian baharu akibat COVID-19 yang direkodkan hari ini sebanyak 84 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 17 kematian membabitkan Brought-In-Dead (BID) atau meninggal sebaik tiba di hospital.
Katanya, kematian itu membabitkan 45 lelaki dan 37 wanita.
“Mereka yang meninggal dunia membabitkan individu berusia bawah 30 tahun satu kes, pesakit berusia 30 hingga 59 tahun 31 kes dan atas 60 tahun sebanyak 50 kes.
“Jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 4,803 kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.
Katanya, KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.