KUALA LUMPUR | Ibu mengandung yang telah mendaftar dan mengemaskini status kandungan di MySejahtera akan mendapat janji temu menerima vaksin COVID-19
dalam masa terdekat.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) memaklumkan ibu hamil adalah penerima vaksin berkeutamaan tinggi.
“Ini berikutan kerana ibu yang sedang hamil termasuk dalam golongan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19.
“Mereka digalakkan untuk mendaftar untuk menerima vaksin. Vaksin yang sesuai akan disediakan untuk mereka.
“Janji temu akan diberikan secara berperingkat bagi yang telah mendaftar dan dan mengemaskini status kandungan di MySejahtera.
“Keutamaan akan diberikan bergantung kepada anggaran tarikh kelahiran bayi,” katanya menerusi laman Facebook JKJAV di sini, hari ini.
Untuk daftar vaksinasi boleh layari laman sesawang https://vaksincovid.gov.my/panduan.