YALA | Polis Thailand merampas 70,000 pil kuda dan dua kilogram methamphetamine daripada sebuah sindiket pengedaran dadah di wilayah ini dalam tiga operasi bersepadu yang bermula Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Yala, Mejar Jeneral Tinnakorn Rangmat, berkata pihak berkuasa turut menahan 19 individu dan menyita aset dianggarkan bernilai 134 juta baht (RM17.52 juta) milik anggota kumpulan itu.
Beliau memaklumkan, barangan yang disita meliputi kereta, motosikal, barangan kemas dan senjata api.
“Siasatan awal polis mendapati sindiket itu terbabit penyeludupan dadah dan kes pengubahan wang haram,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini. – BERNAMA