KOTA BHARU | Program vaksinasi COVID-19 negeri Kelantan terus menunjukkan perkembangan yang sangat baik.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga Selasa lalu Kelantan merekodkan lebih 600,000 pendaftaran.
“Manakala jumlah pemberian dos pertama dan dos kedua semakin meningkat.
“Kerajaan Negeri terus komited untuk memastikan proses vaksinasi bagi rakyat Kelantan berjalan lancar seterusnya mencapai sasaran imuniti berkelompok (herd immunity)menjelang Oktober ini.
“Saya yakin sokongan padu semua rakyat Kelantan untuk menjayakan sasaran tersebut dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19. Insya Allah,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini.
Beliau berkata, Kota Bharu mencatatkan sebanyak 213, 650 dos atau 54.3 peratus, diikuti Pasir Mas 76,898 do atau 50.6 peratus dan Tumpat 62,042 atau 50.5 peratus.