SEREMBAN | Sejumlah 529 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dalam tempoh Januari hingga 20 Jun lalu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Memetik Harian Metro, beliau berkata, semua kes itu dilapor kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Panggilan Talian Kasih, dengan antara punca pergolakan akibat pelbagai isu termasuk tekanan yang disebabkan pendapatan terjejas.
“Setiap aduan yang diterima akan disantuni pegawai kebajikan yang diberi kuasa di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
“Tugas dilaksanakan ialah melindungi mangsa terutama semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya ketika ditemui media selepas melawat Jahidah Nordin, 43, di sini yang koma dipercayai akibat dibelasah suami.