KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin di negara ini terus meningkat kepada lebih 7 juta dos semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pemberian vaksin bagi dos pertama lebih 5 juta dan hampir dua juta bagi dos kedua.
Katanya, pemberian vaksin semalam juga adalah sebanyak 215,968 dos iaitu 148,380 bagi dos pertama dan 67,588 dos kedua.
“Pemberian vaksin setakat semalam berjumlah 7,039,072 dos.
“Kuala Lumpur mencatatkan pemberian vaksin bagi dos pertama sebanyak 884,781 dos atau 49.9 peratus dan 170,594 bagi dos kedua atau 9.6 peratus.
“Selangor mencatatkan 796,769 bago dos pertama dan 262,635 dos kedua; Johor 421,952 dos pertama dan 201,340 dos kedua dan Sarawak 876, 626 dos pertama dan 202,741 dos kedua,” katanya menerusi laman Twitternya di sini, hari ini.