KUALA LUMPUR | Jumlah COVID-19 baharu dicatatkan sebanyak 5,803 kes hari ini.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 di negara ini ialah 728,462 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih merekodkan jumlah yang tinggi iaitu 2,108 kes.
Katanya, Negeri Sembilan kedua tertinggi iaitu 741 kes, diikuti Kuala Lumpur 628 kes.
“Sarawak mencatatkan 491 kes, Melaka 355 kes; Johor 329 kes, Pahang 220 kes; Sabah 189 kes; Kedah 186 kes; Pulau Pinang 160 kes; Perak (137); Kelantan (103); Wilayah Persekutuan Labuan (99);
Terengganu (29); Wilayah Persekutuan Putrajaya (24) dan Perlis empat kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.