KUALA LUMPUR | Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 1 Julai 2021 mulai jam 12:00 tengah hari Khamis ini.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, calon sekolah kerajaan/bantuan kerajaan/swasta/persendirian individu boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui kaedah yang ditetapkan.
Menurutnya, semakan keputusan penuh (slip keputusan) secara dalam talian boleh dibuat melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmk pada 1 Julai 2021 mulai jam 12:00 tengah hari.
Selain itu, boleh menggunakan perkhidmatan SMS ringkasan ke putusan dengan menaip STPMNo. KIPAngka Giliran dan hantar ke 68886 pada 1 Julai 2021 mulai jam 11:00 pagi sehingga 9 Julai 2021 (Jumaat) jam 12:00 tengah hari.
“Keputusan calon akan dihantar oleh MPM terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai 2021 mulai jam 11:00 pagi (bagi calon yang membekalkan alamat e-mel ke MPM).
“Bagi calon sekolah kerajaan/bantuan kerajaan/swasta/ persendirian individu yang tidak mempunyai capaian internet,
pihak Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk calon mendapatkan keputusan peperiksaan,” katanya hari ini.
Kenyataan juga menyebut, MPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.
Seramai 47,008 orang berdaftar sebagai calon STPM 2020.