KUALA LUMPUR | Kadar kebolehjangkitan (RT) COVID-19 negara ini adalah 0.96, semalam.
Kadar RT yang dicatatkan di bawah 1.0 bermula pada 6 Jun lalu sehingga semalam, iaitu dalam masa 20 hari.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar
RT yang dicatatkan Negeri Sembilan adalah 1.04 dan melebihi RT nasional.
“RT negeri lain iaitu Selangor 0.97, Sabah 0.90; Johor dan Pulau Pinang masing-masing 0.91; Kelantan 0.80; Melaka 0.99, Kuala Lumpur 0.95 dan Labuan 0.96.
“Negeri lain, Putrajaya mencatatkan RT 0.88; Kedah 0.97; Pahang 0.95; Perak 0.91; Terengganu 0.66 dan Sarawak 0.99,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini.