SEREMBAN | Usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19 adalah cabaran besar kerajaan dalam menyeimbangkan antara tuntutan menyelamatkan nyawa rakyat dan kesejahteraan negara.
Memetik Berita Harian, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, tiada kompromi dalam segi menyelamatkan nyawa rakyat.
“Kita mesti melindungi dan memelihara nyawa rakyat, itu pendirian kita (kerajaan). Tetapi pada yang masa sama, kita juga perlu pastikan kesejahteraan rakyat dan negara itu tidak terpisah.
“Kita perlu imbangi dua tuntutan ini…sebagai seorang Islam dalam prinsip maqasid syariah jelas dua prinsip utama iaitu melindungi nyawa dan memelihara ekonomi negara.
“Kita perlu imbangi dua tuntutan ini…sebagai seorang Islam dalam prinsip maqasid syariah jelas dua prinsip utama iaitu melindungi nyawa dan memelihara ekonomi negara.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha MITI, Datuk Lokman Hakim Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin memberi jaminan bahawa pembukaan sektor ekonomi lain akan dilakukan secara berfasa apabila keadaan wabak ini terkawal.