LONDON | Pembukaan tambahan masa membantu Itali mara ke suku akhir saingan Euro 2020 selepas mengatasi Austria, 2-1 di Stadium Wembley, di sini, pagi tadi.
Lapor AFP, Federico Chiesa dan Matteo Pessina meledak pada pembukaan tambahan masa untuk memberikan kelebihan buat Itali.
Austria bagaimanapun mendapat satu gol pada minit ke-114 menerusi Sasa Kalajdzic namun gagal menemui jaringan penyamaan.
Pada kelompok lapan terakhir, skuad kendalian Roberto Mancini akan berdepan sama ada penyandang gelaran, Portugal atau Belgium di Munich pada 2 Julai.