KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan hari ini adalah 5,586 kes.
Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam iaitu
5,803 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,
Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 2,212 kes.
“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 628 kes, diikuti Sarawak 513 kes.
“Negeri Sembilan merekodkan 501 kes; Melaka 380 kes; Johor 312 kes; Perak 229 kes; Sabah 190 kes; Kelantan (133); Pulau Pinang (138); Kedah (129); Pahang (118); Wilayah Persekutuan Labuan (83); Terengganu (16); Wilayah Persekutuan Putrajaya empat kes dak Perlis tiada kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari.