KUALA LUMPUR | Sebanyak 7,226,949 dos vaksin COVID-19 diberikan di negara ini sehingga semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah itu membabitkan 5,204,993 penerima vaksin bagi dos pertama dan 2,021,956 bagi dos kedua.
Katanya, sebanyak 187,877 suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam.
“Daripada jumlah itu sebanyak 132,279 adalah individu bagi dos pertama, manakala 55,598 adalah suntikan dos kedua
“Selangor mencatatkan pemberian vaksin bagi dos pertama sebanyak 826,502 dan dos kedua 268,730 dan Kuala Lumpur 908,820 dos pertama serta 170,621 dos kedua,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.