PUTRAJAYA | Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM150 bilion.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pakej itu merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM10 bilion.
Katanya, PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat.
“Ianya tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi,” katanya dalam satu sidang khas hari ini.