BUDAPEST | Pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt berasakan dirinya perlu dipersalahkan selepas pasukannya tersingkir daripada kelompok 16 terakhir saingan Euro 2020 susulan dibuang padang ketika tewas 0-2 kepada Republik Czech, di sini, pagi tadi.
Lapor AFP, pertahanan tengah Juventus itu dibuang padang 10 minit selepas bermula babak kedua di sini, kerana memegang bola ketika mengawal penyerang Czech, Patrik Schick.
Ketika De Ligt jatuh dia menolak bola untuk mengelak Schick mendapat peluang menjaringkan gol.
Dia terselamat dengan hanya dilayangkan kad kuning tetapi selepas itu dikenakan kad merah sejurus pengadil perlawanan melihat rakaman video bantuan pengadil (VAR).
“Saya berjaya mengawalnya. Bola itu datang dan saya membiarkannya melantun. Saya jatuh dan ditolak, menyebabkan saya menggunakan tangan,” kata De Ligt kepada penyiar Belanda, NOS.
“Saat itu ia mengubah perlawanan dan saya rasa bertanggungjawab. Saya melihat bagaimana rakan bertarung dan saya bangga. Tapi saya rasa teruk kerana insiden itu.”