LUMUT | Sebuah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpaksa melakukan pendaratan cemas di pegkalan itu pada 12 tengahari tadi.
TLDM menerusi satu kenyataan media memaklumkan sebuah helikopter jenis FENNEC itu sedang melakukan penerbangan operasi.
Tindakan pantas dan kecekapan juruterbang berjaya mendaratkan pesawat tersebut.
Kesemua krew berjaya diselamatkan dan sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.
Insiden yang berlaku juga tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal.
TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.