KUALA LUMPUR | Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebak mendapat tahu pendakwah, Ebit Lew tiba di Gaza, Palestin dengan selamat.
Beliau dalam kenyataan di laman Facebooknya melahirkan kesyukuran dengan perkembangan terbaru itu.
“Setelah pelbagai ikhtiar diusahakan Wisma Putra serta Kedutaan Malaysia terutama di Mesir demi membantu Ustaz Ebit.
“Ini termasuklah menerusi lawatan saya ke Mesir baru-baru ini. Alhamdulillah,” katanya.
Beliau berpesan supaya ustaz dan pasukannya jaga diri baik-baik.
“Apa-apa keperluan, maklum terus saya atau pihak Kedutaan. Kami doakan, semoga setiap hajat Ustaz demi kebaikan rakyat Palestin dimakbulkan Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan untuk semua,” katanya.