KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan menurun sedikit kepada 5,218 kes hari ini berbanding semalam, 5,586 kes.
Pertambahan jumlah itu menjadikan kumulatif sebanyak 739,266 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,989 kes.
Katanya, diikuti Negeri Sembilan 629 kes, Kuala Lumpur 469 kes; Sarawak 409 kes dan Perak 400 kes.
“Sabah 258 kes; Johor (243); Kedah (194); Melaka (183); Pahang (111); Kelantan (101); Labuan (108); Pulau Pinang (88); Terengganu (23); Putrajaya lapan kes dan Perlis lima kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.