PADANG SERAI | Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) merangkap Ketua Bahagian Bersatu Padang Serai, Khairul Anuar Ramli memberi sunbangan makanan kepada 158 keluarga yang terjejas sepanjang pendamik Covid-19.
Lapor Berita Bersatu, menurut Khairul, bantuan tersebut merupakan salah satu inisiatif KEDA bagi mengurangkan beban keluarga yang tinggal luar bandar.
Jelasnya, langkah itu diambil agar penduduk dapat meneruskan kehidupan harian.
” Kebanyakan penerima sumbangan bekerja sendiri dan hilang punca pendapatan sepanjang covid 19,” katanya.
Antara barangan yang disampaikan termasuk beras, gula, minyak masak dan banyak lagi.
Beliau berkata, agihan barangan itu diedarkan secara berperingkat dan mematuh PKP yan ketat.
Di samping katanya, Bersatu dan KEDA sentiasa berhubung rapat dengan komuniti setempat berikutan ada rakyat yang tertekan termasuk hilangan pendapatan berikutan kesan Covid-19.
“Kita sentiasa berhubung rapat dengan penduduk agar mereka tidak terasa seperti tidak diberi perhatian.
“Langkah berhubung rapat ini juga dapat menghindarkan kes-kes tekanan perasaan.
“Kehadiran Bersatu dan KEDA juga memperlihatkan kami sentiasa mengambil berat masalah rakyat,” katanya.