KOTA KINABALU: Sabah benarkan aktiviti ‘dine-in’ di semua premis makanan bermula esok.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam kenyataannya hari ini berkata, beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi antaranya ‘dine-in’ dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel.
Menurutnya, operasi gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan raya dan kedai gunting rambut turut dibenarkan.
“Kerajaan negeri Sabah akan melaksanakan Pelan Pemulihan Negara-Fasa 1 mulai 29 Jun 2021 dengan mengekalkan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) Negeri Sabah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing, dan berbasikal adalah dibenarkan,” katanya.