KUALA LUMPUR | “Syukur pada Allah team (pasukan) kami berada di Gaza Palestin.
“Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami pasukan pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini,” pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Beliau berkata, Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza.
“Ada lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh dunia sedang memohon dan sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.
“Terima kasih teramat sangat pada Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu pasukan kami. Setiap hari kami bermesej,” katanya.
Beliau berkata, Datuk Seri menghubungi kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantunya secara terus.
“Walau terlambat seminit ,betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita. Terima kasih kepada semua yang membantu dan bertanya khabar termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.
“Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini,” katanya.
Beliau turut meminta maaf kerana tidak ‘update’ sebelum ini atas faktor keselamatan.
Sebelum ini media melaporkan Ebit Lew dan rombongan bantuan kemanusiaannya berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu.