KUALA LUMPUR | Seramai 2.9 juta pengguna elektrik domestik di Semenanjung Malaysia yang menggunakan elektrik bulanan sebanyak 200 kilowatt jam (kWJ), akan menerima diskaun sebanyak 40 peratus.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, seramai 1.4 juta pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan antara 201 hingga 300kWj pula akan mendapat diskaun sebanyak 15 peratus.
Katanya, seramai 2.4 juta pengguna domestik dengan penggunaan elektrik, antara 301 hingga 600kWj akan menerima diskaun sebanyak 10 peratus.
“Seramai 700,000 pengguna domestik dengan penggunaan elektrik antara 601 hingga 900kWj akan menerima diskaun sebanyak lima peratus.
“Diskaun itu akan diberikan pada Julai, Ogos dan September ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, ia berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), semalam.