PASIR MAS | Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup beras dan minyak masak bersudsidi gagal apabila ditahan polis di Kampung Pak Jak, Bakong di sini, semalam.
Lelaki itu ditahan pada jam 2.35 pagi oleh Pasukan Operasi Balai Polis Meranti dan Balai Polis Bakong.
Polis Daerah Pasir Mas memaklumkan lelaki itu menggunakan sebuah kereta pada mulanya cuba meloloskan diri dengan memecut laju kenderaan apabila menyedari kehadiran pihak polis.
Katanya, kenderaan itu akhirnya terbabas ketika cuba melarikan diri.
“Pemeriksaan lanjut mendapati seorang pemandu dan di dalam kereta yang dipandunya mempunyai 17 kampit beras pelbagai jenama dipercayai diseludup dari negara jiran dan 10 kotak minyak masak yang cuba diseludup keluar ke negara jiran.
“Pemeriksaan pada no enjin dan chasis kereta mencurigai kerana tiada dalam senarai sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Tangkapan dan rampasan kemudiannya di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.