PUTRAJAYA | Kerajaan memutuskan untuk membuka kaunter perkhidmatan di seluruh negara dan akan beroperasi secara fizikal pada 1 Julai nanti.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, kaunter yang dibenarkan buka melibatkan perkhidmatan yang tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian.
“Kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50 peratus.
“Kehadiran secara fizikal hanya melalui temu janji berjadual selain mematuh Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, ketua jabatan hendaklah mematuhi SOP Covid-19 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, ianya hendaklah dipatuhi setiap masa dalam mengimbangi penyampaian oerkhidnatan yang optimum kepada pelanggab dan pencegahan penularan wabak Covid-19 di tempat bertugas.
“Pada ketika ini, pengoperasian perkhidmatan kaunter Kerajaan tidak beroperasi secara fizikal dalam tempoh Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara kecuali kaunter perkhidmatan kesihatan, balai polis dan di pintu- pintu masuk antarabangsa yang melibatkan perkastaman, imigresen serta kuarantin sejak 1 Jun,” katanya.