KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 yang direkodkan hari ini meningkat kepada 6,437 kes berbanding 5,218 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif
745,703 kes.
Katanya, Selangor mencatatkan 2,299 kes, diikuti Kuala Lumpur 1,361 kes dan Negeri Sembilan 700 kes.
“Kedah 284 kes; Johor 271 kes; Melaka 252 kes; Pahang 250 kes; Sarawak 242 kes; Perak (184); Sabah (178) dan Kelantan (131).
“Wilayah Persekutuan Labuan (117); Pulau Pinang (115); Wilayah Persekutuan Putrajaya (32); Terengganu (21) dan Perlis tiada kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.