Kuala Lumpur | Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) adalah pakej tambahan dan amat ditunggu oleh rakyat dalam membantu kesukaran akibat pandemik Covid-19.
Kementerian Kerja Raya (KKR) menyambut baik langkah kerajaan dalam memudahkan cara prosedur perolehan kerajaan dalam fokus kedua pakej PEMULIH.
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pastinya pakej ini akan membantu memacu sektor pembinaan yang turut terkesan akibat akibat kenaikan harga bahan binaan susulan penularan pandemik.
“Kerajaan telah mengumumkan untuk membenarkan perubahan harga atau variation of price (VOP) bagi projek kerja berikutan peningkatan ketara kos bahan binaan daripada 1 Januari sehingga 31 Disember.
“Membantu kontraktor G1 hingga G4 tempatan melaksanakan projek kerja berskala kecil secara undian dan sebut harga, dengan penggunaan jadual kadar kerja kejuruteraan awam dan bangunan yang baharu serta jadual kadar kerja elektrik.
“Selain itu kerajaan juga membenarkan lanjutan masa atau extension of contract (EOT) projek kerja atau lanjutan tempoh kontrak bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP tertakluk kepada klausa kontrak,” katanya dalam satu kenyataan media.
Fadillah berkata, dengan membenarkan perubahan harga atau VOP bagi projek kerja, ia akan membantu pihak kontraktor akibat kenaikan mendadak harga bahan mentah ketika ini.
Katanya, hal ini kerana kenaikan bahan mentah turut memberi impak kepada masalah kewangan kontraktor.
“Langkah ini juga dapat melancarkan proses permintaan dan penawaran (supply & demand) dalam kerja-kerja pembinaan.
“Dengan membantu kontraktor G1 hinga G4 tempatan melaksanakan projek berskala kecil secara undian dan rebut harga pula, kontraktor berkenaan dapat melaksanakan kerja dengan lebih efektif kerana mendapat harga yang keunlungannya lebih selesa. la juga memberi peluang kepada lebih ramai kontraktor kecil untuk mengambil bahagian dalam perolehan kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, manakala lanjutan EOT projek pula akan membolehkan kontraktor menjadual semula jadual kerja bagi memastikan kerja dapat disiapkan sepenuhnya.
Sebaliknya jika projek ditamatkan, impak kewangan dan masa penyiapan projek yang pertu ditanggung oleh kerajaan adalah lebih tinggi berikutan masa diperlukan untuk melantik kontraktor baru dengan harga baru juga biasanya lebih tinggi danpada kontrak asal.
“Saya juga menyambut baik peruntukan RM300,000 kepada setiap Ahll Parlimen termasuk Ahli Parlimen pembangkang untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas akibat pandemik di kawasan masing-masing. lni akan membolehkan lebih ramai rakyat di semua kawasan dapat dibantu dalam keadaan sukar seperti sekarang.
“Pemberian peruntukan tanpa mengenal latarbelakang politik ini juga membuktikan betapa Kerajaan Persekutuan yang ada pada hari ini komited dengan pendekatan prihatin rakyat serta sentiasa meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan tanpa mengira kepercayaan dan latarbelakang politik,” katanya.