KUALA LUMPUR | Sebanyak 1 juta dos vaksin AstraZeneca daripada Kerajaan Jepun akan tiba Khamis ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, manakala 1 juta dos vaksin lagi keluaran Pfizer akan diperoleh pada Jumaat sumbangan kerajaan Amerika Syarikat.
Katanya, kerajaan mengucapkan terima kasih atas sumbangan vaksin dari kerajaan Jepun dan Amerika Syarikat.
“Sumbangan ini melambangkan keprihatinan kedua-dua kerajaan serta kepercayaan mereka terhadap negara kita memerangi wabak COVID-19.
“Ia juga untuk menyokong program vaksinasi global,” kata dalam sidang media di sini hari ini.
Sidang media berkenaan disiarkan secara langsung di laman Facebook Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba.