LONDON | Raheem Sterling dan Harry Kane muncul wira apabila membantu England menewaskan Jerman 2-0, sekali gus mara ke suku akhir Euro 2020.
Lapor Agensi, kemasukan Jack Grealish menggantikan Bukayo Saka di pertengahan babak kedua ternyata memberi impak apabila pemain itu terbabit dalam gol pembukaan Sterling pada minit ke-75.
Jerman mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan tetapi Thomas Muller yang hanya berdepan penjaga gol Jordan Pickford menyaksikan percubaannya tersasar.
England memastikan kemenangan pada minit ke-86 menerusi Harry Kane yang meledak gol pertamanya di kejohanan kali ini.
Sterling pula meledak tiga gol dalam empat perlawanan di pentas Euro 2020 dan masih berpeluang untuk memburu Kasut Emas kejohanan.