KUALA LUMPUR | Jumlah vaksinasi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di negara ini
setakat semalam terus meningkat kepada lebih 7.8 juta dos.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah individu yang menerima suntikan vaksin bagi dos pertama sebanyak 5,610, 911 atau 17.2 peratus.
Katanya, bagi yang menerima dos kedua sebanyak 2,214,001 atau 6.6 peratus.
“Manakala, jumlah pemberian vaksin semalam adalah sebanyak 231,733 dos iaitu 147,783 bagi dos pertama dan 83,950 bagi dos kedua.
“Kuala Lumpur mencatatkan pemberian vaksin sebanyak 988,698 bagi dos pertama dan 189,124 dos kedua, diikuti Selangor 914,648 dos pertama dan 189,124 dos kedua,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.