KUALA LUMPUR | Polis menafikan dakwaan kejadian rompakan dan berbalas tembakan yang didakwa berlaku di Puchong, Selangor adalah tidak benar.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis mengesan video klip berdurasi selama 1 minit dan 44 saat yang memaparkan kejadian tembak menembak antara dua suspek.
Katanya, mereka dipercayai cuba cuba melakukan samun di dalam sebuah premis dan telah diviralkan di media sosial dan didakwa berlaku di sebuah klinik di Puchong, Selangor.
“Polis ingin memaklumkan kepada masyarakat bahawa dakwaan kejadian itu di Puchong adalah tidak benar dan adalah berita palsu.
“Semakan polis mendapati kejadian itu berlaku di luar negara.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat kesimpulan sendiri serta tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.