KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 6,276 kes.
Jumlah yang dicatatkan itu menjadikan kumulatif sebanyak 751,979 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah sebanyak 2,836 kes, diikuti Negeri Sembilan 644 kes.
Katanya, Kuala Lumpur mencatatkan 625 kes; Sarawak 376 kes; Johor 299 kes dan Sabah 242 kes.
“Kedah 226 kes; Melaka 223 kes; Pahang (210); Kelantan (159); Pulau Pinang (131); Perak (137); WP Labuan (132); Terengganu (20); Putrajaya (11) dan Perlis lima kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.