KUALA LUMPUR | Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mendoakan supaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sembuh dengan cepat.
“Semoga PM8 cepat sembuh sepenuhnya,” tulis bekas Perdana Menteri Keenam itu hari ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan yang Muhyiddin dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pemantauan selepas mengalami diarea sejak semalam.