KUALA LUMPUR | Persidangan Parlimen akan bersidang sebelum 1 Ogos selaras dengan titah pandangan Yang di-Pertuan Agong.
Dalam satu kenyataan bersama Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menyatakan komitmen terhadap titah Agong.
“Kami menjunjung kasih kepada YDPA di atas perkenan Baginda mengadakan majlis menghadap semalam yang turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan Yang di-Pertua kedua-dua Dewan.
“Pada majlis tersebut, Baginda telah menzahirkan titah pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum Ogos 2021
Katanya, Kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta Timbalan-timbalan Yang di-Pertua menjunjung titah Baginda dan telah menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti yang dititahkan oleh Baginda Tuanku.
“Titah YDPA pada majlis menghadap tersebut juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dan adalah dicadangkan agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos mengikut peruntukan-peruntukan undang-undang sedia-ada.