KUALA LUMPUR | Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter daripada RM 2.67 kepada RM2.69 seliter.
Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan itu dibuat menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, namun begitu, harga runcit petrol RON 95 kekal pada paras RM2.05 seliter.
Katanya, diesel juga turut dikekal pada para RM 2.15 liter.
“Penetapan itu dibuat bagiu melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
“Kerajaan mengekalkan harga RON 95 dan diesel pada paras siling walaupun produk telah meningkat melebihi paras harga yang telah ditetapkan.
Kerajaan juga akan terus memantau perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkan yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Harga runcit produk petroleum berkenaan akan berkuatkuasa pada 1 hingga 7 Julai.