KOTA BHARU | Yayasan Kemiskinan Kelantan menerima sumbangan empat van jenazah daripada Yayasan al-Bukhary hari ini.
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, van jenazah itu bagi kemudahan rakyat di Ketereh dan Kelantan.
“Alhamdulillah hari ini Yayasan Kemiskinan Kelantan menerima sumbangan empat buah van jenazah hari ini.
“Sumbangan van itu diberikan oleh Yayasan al-Bukhary untuk memudahkan urusan rakyat di Ketereh dan Kelantan,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.
Terdahulu beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan menerima sumbangan itu daripada wakil Yayasan al-Bukhary.