KUALA LUMPUR | “Alhamdulillah sumbangan 1 juta dos AstraZeneca secara percuma oleh Kerajaan Jepun telah selamat tiba,” kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menyambut ketibaan vaksin berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Hishammuddin berkata, sebagai Menteri Luar, beliau amat berterima kasih kepada rakan sejawat, TYT Motegi Toshimitsu serta Kerajaan Jepun atas budi baik ini.
“Ia menyerlahkan keakraban persahabatan dan hubungan dua hala Malaysia dengan Jepun.
“Ia juga bukti bahawa nilai kemanusiaan sentiasa melangkaui batas-batas yang mungkin wujud terutama di era pandemik ini.
“Semoga usaha negara kita memerangi #COVID19 dipermudahkan Allah SWT. Wisma Putra akan terus bantu sebaiknya,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.