KUALA LUMPUR | Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan akan dibayar secara berperingkat bermula semalam sehingga esok.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, BPR Tambahan bernilai RM2.1 bilion akan memanfaatkan kepada 3.6 juta isi rumah, 1 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.
Katanya, mengambil kira Fasa Satu dab Fasa Dua, sehingga kini hampir 8.4 juta penerima adalah sebanyak RM6.78 bilion, manakala jangkaan bayaran Fasa Tiga September depan dinggar berjumlah RM2.32 bilion.
“Secara keseluruhan, peruntukan yang disediakan kerajaan untuk BPR berjumlah RM9.1 bilion.
“Kerajaan sentiasa komited untuk membantu rakyat bagi menjamin kesejahteraan.
“Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban rakyat terutama ketika berdepan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini malam tadi.