KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan hari ini melonjak kepada 6,988 kes.
Jumlah yang direkodkan itu menjadikan kumulatif 758,967 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan 2,885 kes, diikuti Kuala Lumpur 988 kes.
Katanya, negeri lain mencatatkan Negeri Sembilan 692 kes, Sarawak 544 kes dan Melaka 311 kes.
“Johor 270 kes; Kedah 250 kes; Sabah 232 kes; Pahang 195 kes; Pulau Pinang 174 kes; Perak 149 kes;
Labuan 129 kes; Kelantan 108 kes; Terengganu 50 kes; Putrajaya 10 kes dan Perlis satu kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.