KUALA LUMPUR | Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Jamaludin Ibrahim sebagai Pengerusi manakala Mohd Azharuddin Mat Sah sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan yang berkuatkuasa 15 Julai ini.
Pengalaman luas yang dimiliki oleh kedua-dua tokoh dalam menerajui syarikat-syarikat besar adalah satu kelebihan besar buat Prasarana dalam meneruskan agendanya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam khususnya dalam berhadapan dengan cabaran penularan pandemik Covid-19.
“Dengan gabungan dan kerjasama rapat kedua-dua tokoh ini, Lembaga Pengarah Kumpulan Prasarana yakin misi Syarikat untuk melaksanakan transformasi strategik dalam sistem pengangkutan awam negara dan memacu pertumbuhan ekonomi, serta menjadi pemangkin bagi merancakkan semula sektor komersial dan perniagaan dapat direalisasikan.
“Dalam bidang operasi masa terdekat ini, tiga fokus utama bagi Jamaludin dan Azharuddin adalah penambahbaikan dan peningkatan kecekapan operasi secara menyeluruh khususnya dari segi keselamatan dan kepercayaan operasi (safety and operational reliability); meningkatkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan; dan pemampanan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jamaludin merupakan Presiden and Ketua Eksekutif Kumpulan bagi Axiata Group Berhad (Axiata) sebelum persaraannya di akhir tahun 2020.
Dikenali sebagai tulang belakang yang mengemudi transformasi Axiata daripada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada gergasi telekomunikasi yang amat disegani yang beroperasi di 11 buah negara ASEAN dan Asia Selatan, Tan SriJamaludinmembawa bersama beliaupengalaman kerja selama lebih 40 tahun; termasuk 16 tahun di bidang Teknologi Maklumat, 23 tahun dalam telekomunikasi.
Pelantikan Azharuddin sebagai Presiden and Ketua Pegawai Kumpulan Prasarana pula akan memberikan sinergi dan perspektif dari sudut pengangkutan awam, selari dengan pengalaman beliau di dalam industri pengangkutan awam darat dan udara.
Terdahulu, Azharuddin berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Transformasi, Malaysia Airlines Berhad dari 2019 hingga 2021, dan bertanggungjawab bagi porfolio merangkumi pelan transformasi jangka panjang danbahagian teknologi maklumat dan digital syarikat penerbangan tersebut.