KUALA LUMPUR | Dalam tempoh seminggu sebanyak 28 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu direkodkan antara 23 Jun sehingga 30 Jun lalu.
Katanya, sebanyak 25 kes adalah Variant of Concern (VOC) manakala tiga kes lagi adalah Variant of Interest (VOI).
“Sebanyak 18 kes adalah varian Delta (B.1.617.2); Lima varian Beta (B.1.351); tiga kes varian Kappa (B.1.617.1) dan dua varian Alpha (B.1.1.7).
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 217 kes. Daripada jumlah yang dikesan, 198 kes adalah VOC manakala 19 kes adalah VOI,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini.