KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu yang dilaporkan adalah sebanyak 6,982 kes hari ini.
Jumlah kes di Selangor adalah yang tertinggi iaitu 2,907 kes, diikuti Kuala Lumpur 637 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Negeri Sembilan mencatatkan 606 kes dan Johor 517 kes.
“Sarawak 440 kes; Pulau Pinang 351 kes; Pahang 329 kes; Kedah 257 kes; Sabah (230); Melaka (202) dan Labuan 131 kes.
“Diikuti, Perak 182 kes; Kelantan (129); Terengganu (44); Putrajaya (20) dan Perlis tiada kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.