Dallara baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah kereta sport baharu yang lebih memfokuskan kepada kegunaan di trek. Mengadaptasikan daripada model Stradale, kereta ini dipanggil Dallara EXP.
Dengan reka bentuk yang lebih sporty, Dallara EXP didatangkan dengan tidak mempunyai bumbung serta cermin hadapan. Reka bentuknya banyak diubahsuai dan lebih memfokuskan kekuatan downforce.

Masih ada sedikit Stradale di sana, tetapi sebahagian besar bentuk kereta diubahsuai untuk membuatnya lebih rendah dan stabil. Secara visual, dapat dilihat spoiler belakang yang lebih besar, bahagian depan dilengkapi penyebar angin yang agak besar serta beberapa tambahan elemen lain.
Dallara mampu menghasilkan mampu menghasilkan downforce 1,249kg pada kelajuan maksimumnya iaitu 290km/j.
Kereta dilengkapi empat silinder turbocharged Ford 2.3 liter EcoBoost turbo 4-silinder yang sama seperti Ford Focus RS dan juga digunakan oleh Stradale. Namun, enjin ini telah ditala semula oleh Bosch dimana ianya kini mampu menghasilkan hingga 493hp dan 500Nm tork.

Apabila digabungkan dengan tayar slick yang standard, Dallara EXP dapat menghasilkan daya ke sisi sehingga 2.7G di selekoh, kira-kira dua kali ganda daripada apa yang dapat dilakukan oleh supercar dan hypercar untuk kegunaan jalan raya.
Pengeluar itu masih belum mengumumkan harga rasmi untuk EXP. Namun, mereka menyatakan individu yang memiliki Stradale khas untuk jalan raya boleh membeli pelbagai komponen baharu EXP.