PUTRAJAYA | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sumbangan Set Mesin Bantuan Pernafasan (Ventilator) bernilai RM1 juta daripada Federation of Malaysian Manufacturer (FMM) dan Syarikat GS1 Malaysia Berhad.
Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba telah menerima sumbangan berkenaan.
KKM menerusi laman Facebooknya memaklumkan FMM dan GS1 Malaysia Berhad mendermakan ventilator bernilai RM1 juta.
“Peralatan yang disumbangkan ini merangkumi 10 unit ventilator unit rawatan rapi (ICU) Philips V60 Plus dan tiga Unit Draeger Oxylog VE300 Kecemasan dan Ventilator Pengangkutan,” katanya.
Dr Adham menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak FMM dan GS1 Malaysia Berhad di atas sumbangan berkenaan yang dapat dimanfaatkan bagi perawatan pesakit COVID-19.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Mohd Shafiq Abdullah; Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai dan Timbalan Presiden FMM, YBhg Datuk Nathan K Suppiah